Wednesday, August 26, 2009

SELAMAT DATANG RAMADHAN AL MUBARAK


Sejarah Ramadhan

1) Ramadhan: ertinya panas terik
2) Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
3) Berlakunya perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
4) Bulan dimana nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala.
5) Di dalamnya dipilih ada malam al-qadar yakni lebih baik drpd 1000 bulan.
6) Di pilih untuk ibadat puasa.
7) Di pilih untuk ibadat2 lain (tadarus Al Quran)


Kelebihan Bulan Ramadhan

1) Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur)
2) Bulan penuh keberatan
3) Di malamnya ada lebih baik drpd 1000 bulan
4) Amal sunat sama dengan solat fardhu
5) Manakala solat fardhu mendpt 70 kali ganda
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
7) Bulan menambah rezeki
8) Memberi buka banyak pahala
9) Bulan keampunan
* doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa.
* juga doa pada sepertiga malam...
10) 10 hari pertama adalah mulanya rahmat, 10 hari pertengahan - pengampunan, 10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.


Amalan-amalan di bulan Ramadhan

1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
2) Menempah pakaian untuk Ramadhan
3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan
4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
7) Solat berjemaah setiap waktu
8) Solat jemaah di masjid/surau
9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
10) Sahur diwaktu akhir
11) Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu
12) Mandi Janabat sebelum Imsak
13) Kurangkan tidur
14) Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15) Tunaikan Solat Dhuha
16) Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
17) Tunaikan solat Rawatib
18) Jaga pacaindera
19) Elakkan gosok gigi pd waktu petang
20) hadiri majlis ilmu
21) Buat baik pd ibubapa
22) Isteri hendaklah taat pd suami
23) Banyakkan bersedekah
24) Berbuka dgn 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api
25) Berbuka bersama org tua
26) Jemput tetamu berbuka
27) Kurangkan berat badan
28) Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)
29) Baiki hubungan suami isteri
30) Baiki hubungan jiran
31) Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan
32) Elakkan berbelanja berlebihan
33) Kuatkan kesabaran
34) Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih
35) Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
36) Mengejut anak dan isteri di mlm Lailatul Qadar
37) Elakkan menonton TV yg mengandungi nafsu
38) Elakkan mendengar radio berunsur hiburan
39) Berdoa dgn nada lembut dan merayu
40) Jauhkan bercumbu dgn suami/isteri
41) Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yg meninggal dunia
42) Melazimkan solat waktu
43) Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
44) Elakkan banyak berhutang
45) Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
46) Tunaikan zakat fitrah



Cara Beramal Di Malam Lailatul Qadar (Malam 21-30)

1) Kepada Orang Tua Lemah Cara beramal solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah di masjid/surau, ini sudah dikira beramal Al Qadar
2) Orang yg tidak sanggup solat malam yang panjang
* Baca ayat akhir surah Al Baqarah
* Baca ayat Kursi* Baca surah Yaasin
* Baca surah Al Zalazah* Baca surah Al Qafirun
* Baca surah Al Ikhlas
3) Bagi orang yamg kuat dan cergas
* Bangunkan isteri dan anak
* Mandi * Solat malam - Tahajjud, Taubat, Tasbih, Hajat, Istikharah, dan baca Al Quran



NUZUL Al QURAN ( 17 Ramadhan )

* Tarikh turunnya Al Quran
* Beramallah di malamnya dengan solat malam dan amal2 yg baik


Cara Sambut Hari Raya

Jangan sekali2 disambut dgn hiburan, mercun, pesta lampu dan berbagai kemungkaran dan kemaksiatan. Pada petang akhir Ramadhan org2 yg meninggal(sudah mati) menangis kerana peluang untukberehat telah berakhir. Adalah di cadangkan semoga keluarga menziarahi kubur pada petang akhir Ramadhan atau jika kuburnya jauh, hendaklah dibaca doa Tahlil selepas solat Asar. Semoga mereka diampuni. Ibnu Abbas r.a pernah mengatakan bahawa roh orang yg meninggal dunia dibenarkan pulang ke rumah anak2nya dan berdiri di pintu rumah memohon belas kasihan drpd anak2 mengirimkan bacaan doa, sekurang2nya Al Fatihah sekali utk mereka. Oleh itu janganlah terlalu gembira dan ingatlah org2 tua yg sudah meninggal, semoga nanti sampai giliran kita maka anak2 akan ingat kpd kita.Takbir Di Malam Raya Takbir sebenarnya mempunyai cerita di sebaliknya. Mengikut riwayat, bermula dari peperangan Ahzab. Peperangan berlaku di dalam musim sejuk, kemudian Salman Al Farisi mencadangkan supaya di gali parit (Khandak) di akhirnya peperangan ini di beri pertolongan oleh Allah dan kemudian dirakamkan di dalam Takbir. Kesimpulannya Bulan Ramadhan datang setahun sekali dan ia sebaik2 bulan, penuhkeberkatan, pengajaran, mendidik mempunyai ketahanan dan penuh dgn amalan-amalan untuk mendekatkan diri kpd Allah dan hubungan sesama manusia. Oleh itu bersiap sedialah dari awal supaya ia benar2 mengubah sikap yg baik dan seterusnya menjadi insan yg soleh/solehah. Semoga dipertemukan di Ramadhan yang akan datang.


*Doa utk menghilangkan baran, maklumlah waktu lapar memang lekas naik angin.... Rujuk kepada Surah Al-Anbiyakk ayat ke 69. Sebelum minum baca doa dan tiupkan pada air (utk diri sendiri,anak,suami dll). Insyaallah cuba amalkan.





Wallahua'llam.
SELAMAT BERPUASA...

Tuesday, August 25, 2009

DugaaN CiNTa Jarak Jauh.....

Dugaan....

"PERNAHKAH anda berasa terlalu jauh dengan seseorang?
Apabila perasaan sayu dan kerinduan yang mendalam terhadap si dia,
ia membuatkan anda sering termenung memikirkan dirinya."
PERNAHKAH anda berasa terlalu jauh dengan seseorang? Apabila perasaan sayu dan kerinduan yang mendalam terhadap si dia, ia membuatkan anda sering termenung memikirkan dirinya.Bayangkan anda bertugas nun jauh di utara tanah air sedangkan si dia pula di selatan. Mengatur janji temu dengan komitmen yang banyak sedangkan pada masa sama, rindu terhadap si dia meluap-luap, pastinya hati tidak keruan dibuatnya.
Percintaan jarak jauh ada kalanya begitu menduga biarpun sesekali terasa seronok dan terbuai oleh kejujurannya. Namun ada juga yang menaruh curiga dengan pasangan kerana takut kasih sayang yang sedang disulam akan terhakis perlahan-lahan.Bagaimana untuk memelihara dan mengekalkan percintaan jarak jauh yang dilalui? Pelbagai perasaan yang merunsingkan, menyedihkan dan memeningkan apabila berada dalam situasi cinta jarak jauh ini. Pelbagai dugaan dan cabaran perlu dihadapi.
Menangis dan sedih yang amat sangat apabila si dia berubah hati disebabkan rasa sunyi. Untuk mencari jalan mengatasi dan mengekalkan hubungan itu, diperturunkan petua ini supaya anda lebih bertindak rasional serta memperkukuhkan lagi jalinan ikatan selain menyuburkan kasih sayang supaya terus berpanjangan.
-Percaya pada pasangan-
Apabila berjauhan dengan pasangan, kita hendaklah percaya dengan si dia. Pentingnya sikap saling mempercayai dalam berpasangan ini berasaskan kepada tunjangnya iaitu kesetiaan. Percayalah pada si dia yang dia akan setia dan masih menyayangi anda walaupun berada jauh beribu-ribu kilometer jaraknya.
-Setia walaupun jauh-
Memang pelbagai dugaan yang akan dihadapi apabila berjauhan. Ketika berjauhan, anda akan terasa sunyi kerana orang yang selalu kita jumpa, tiba-tiba kini jauh dari mata.Apabila berjauhan, hati menjadi sunyi dan pelbagai perasaan timbul di hati. Ketika inilah kawan menjadi penyeri. Namun begitu, walaupun anda masih mempunyai kawan, kawan hanyalah kawan. Ceria bersama kawan tidak sama dengan ceria apabila bersama dengan orang yang anda sayang. Di sini, ada yang kecundang. Ada yang berpasangan dan menjalin hubungan dengan kawan disebabkan terasa sunyi. Fikirkanlah, apa perasaan pasangan apabila mendapat tahu yang anda tidak setia? Letakkan diri anda di tempat dia. Adakah anda akan gembira dan suka jika dibuat demikian?
- Berjumpalah walaupun seketika-
Jangan jadikan jauh itu sebagai alasan. Cinta perlukan komitmen. Cinta juga adalah tanggungjawab. Walaupun jauh, cuba cari masa untuk berjumpa dengan si dia.Andai kata si jejaka duduk jauh di pantai timur misalnya manakala si gadis tinggal jauh di selatan, cuba cari masa yang sesuai untuk berjumpa. Paling tidak pun apabila ada cuti panjang menjelang. Janganlah tidak berjumpa langsung. Sudah pasti rindu di hati akan semakin memberontak apabila berjauhan. Jadi, apabila ada kelapangan itu, rancanglah untuk berjumpa. Sudah pasti ini akan mengeratkan lagi hubungan dan dapat mengurangkan rasa rindu.
-Tanyalah khabar-
Setiap malam sebelum tidur kalau boleh cuba hubungi si dia untuk bertanyakan khabar. Buat secara selang seli. Hari ini anda yang hubungi dia dan esok giliran dia pula. Dengan cara ini, baru sama-sama berasa susah dan senang. Jangan mengharapkan si dia saja yang akan menelefon. Sudah pasti dia akan berasa sukar untuk menghubungi anda jika dia saja yang perlu hubungi. Memang cinta perlukan komitmen tetapi ia akan menjadi sukar apabila sebelah pihak saja yang memberikan komitmen. Untuk itu, sama-samalah membantu dalam membina percintaan ini.
- Sambut hari ulang tahun bersama-
Sekiranya tidak sibuk, cuba sambut ulang tahun bersama-sama. Sekiranya sambutan hari ulang tahun itu jatuh pada hari bekerja, sambutlah bersama-sama pada hujung minggu selepas itu. Luangkan masa bersama untuk seketika, sudah pasti dapat menggembirakan antara satu sama lain. Walaupun perjumpaan itu hanya sementara, kenangan ketika berjumpa bersama-sama sambil menyambut hari ulang tahun sudah pasti akan terpahat kukuh di hati.Mungkin anda akan tersenyum sendirian apabila mengenangkan kembali kenangan manis sebegitu.
-Jangan jadikan jarak sebagai pemusnah-
Cinta jarak jauh memang sukar. Memang meronta-ronta hati bila mana rindu itu datang. Apabila keseorangan, sudah pasti kita akan terasa sangat kerinduan itu.Tetapi ingatlah, jangan jadikan jarak yang jauh itu sebagai pemusnah cinta. Jadikan ia sebagai satu cabaran yang akan memberikan anda lebih bersemangat untuk meneruskan cinta itu.Apapun rintangan yang ada, jangan jadikan ia sebagai alasan dan penghalang. Tetapi jadikan ia sebagai sesuatu yang dapat menambahkan kasih sayang kita kepada si dia. Apabila jauh, anda akan merasa rindu bukan? Jadi jauh itu bukan satu perkara yang tidak baik, cuma ia salah satu cara untuk memupuk rasa kasih sayang dan mengajar untuk menjadi seorang kekasih yang setia.Ramai orang tahu apa makna ‘putus kasih’ dalam perhubungan. Ada di kalangan anda yang pernah berpisah dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan ketika itu. Semuanya dirasakan seakan hidup ini tidak bermakna. Berjurai air mata dikeluarkan dan pelbagai memori indah saat bersama dengan pasangan anda hadir dalam minda waktu itu. Tetapi semuanya tidak berguna lagi kerana dia bukan lagi pasangan anda.

Wednesday, August 5, 2009

yea bLik Kampung Lagi....

31/7/2009-Balik Kampung plak he3....


Hari ni aku blik kampung aku keje tp poteng jealah dah terpaksa hu3....aku datang pg tu kejap punch card...pas2 duduk melayari internet kejjap...pastu aku balik bukan ape tkt jugak boss masuk, nanti aku nak bg alasan ape plak...bik aku blik je lah....aku naik bus kul 1... duk ar lepak2 kat umah je dulu....kul 11 baru aku kuar dari umah p tunggu bus kat depan tu nak p komuter...mujurlah komuter cepat smpai....tp Bus Tranasinal yang aku nak blik trg tu lambat plak sampai kata kul 1 kul 2 baru smpai letih menunggu nyer.... Aku sampai trg dah kul 6 dah....ayah & mek datang ambik kat kerteh.... aku blik kampung ni bukan suka2....kalau bleh x nak blik jugak tp dah terpaksa blik ada temuduga kat Majlis Bandaraya Kuala Terengganu....Hepy Lah jugak blik Kampung he3....

Ni baby kakak aku yang baru lahir...NURUL IMAN DANIA...temban je dia geram tgk dia aku suka usik2 dia dah nangis aku wat x tau ar ha3....dania ni asyik tidor je.... tu sbb aku suka kacau dia...lmbat nyer dia nak besar...x sbr nak dukung dia...


Hari sabtu petang 1/08/09 Kuar jalan2 dgn adik2 aku...lama x kuar jalan2 nagn adk2 aku ni... kerol & deksue... mula2 nak p basuh kete je kat paka tp x jd smpai je paka hujan lebat plak xjd basuh keta kami p ar jalan2 kat kerteh tp kat kerteh x hujan plak.... aku p nagn adk2 aku dekat pasaraya baru buka tu MESRA MALL he3...tp bnyak x buka lg ingat nak men boWlink dgn adk2 aku tp BoWlink pun x buka jgk lg ja aku jalan2 jealah....jumpa kwan lama jap dia keja kat mesra mall tu jgk....time nak blik jumpa tempat basuh keta kat tepi jalan behenti ar basuh keta...sementara tunggu p makn dulu kat kedai dekat2 stu...

lepas interview ni....p jalan2 rumah kwan ayah dulu sempat lg bergambar dekat umah kwn ayah he3... ayah,mek & deksue p teman aku interview.... ok lah interview tu....malas nak komen hu3....ni umah kwn ayah dekat kuala Tengganu ni...rumah dia bnyak kucing lawa2 jugak tp aku x berminat ar nak tgk sangt sbb aku x suka kucing...mai jalan2 ni pun sbb kwn aku apis nak burung serindik...duk suh jugak aku cari....

Tuesday, July 28, 2009

hePy.....


Sekarang aku rasa dah
cukup hepy sangat2... sbb tiap2 malm dia call aku aku
walaupun sekejap ttp aku
sungguh gembira...dia ingat jgk kat aku...aku
pun ada dapat berita gembira
aku dpt interview dekat Majlis Bandaraya Kuala
Terengganu 2/8 ni, takut jugak
aku.. ape lah yang dia tnya nanti, boleh ke
aku jwb ek??... ermmm tunggu jelah
ape yg jd
he3...

Hari ni & semalam aku duk dengar je masalah kwn
aku cian
kat dia,kwn aku ieda ni ada masalah dengan BoyFriend dia...aku betul2
kecian
sngat kat dia tp aku x tau macam mana aku nak tlg dia... aku cuma mampu
bg
nasihat & suh dia bnyak2 bersabar jealah mungkin TUHAN sedang Menguji
dia....aku pun takut jugak kalau aku di tempat dia ape perasaan aku time
tu....
hnya tuhan je
tahu....


ermm....Semalam juga aku dpt gmbar orng yang aku
syg...kwn dia tlg mms kat aku
so cute he3.... dah dia ada lesung pipit...
aku suka tgk dia tersenyum..ingat
lagi masa awl2 aku kenal dia... aku suka
sangat2 tgk dia..sbb dia suka buat muka
&
senyum.

Thursday, July 23, 2009

HaRi2 YaNg CuKuP BeRmaKNa.....

Hari2 yang cukup bermakna bg aku walaupun hanya seketika cuma... tp cukup bermakna bg aku...aku x sia2kan nya...hari2 yang aku tunggu selama 2 bulan ni sampai jugak akhirnya...hmpir 2 bulan aku x tgk dia....insan yang aku tunggu akhirnya ada depan mata aku..hepy sangat2 time tu...x dapat aku bayangkan...tp aku tgk dia dah kurus dah sikit... tp ok lah perut dah x besar sangat...he3...

13/07/2009


Malam dia sampai..kami makan ramai2 dekat bulan...makan besau he3... best ar jgk.


Aku dengan dia sempat lg bergambar bersama he3... lama x bergambar bersama ni dekat bulan lg.. tp dah nak hbs makan pun...sedap...hepy sangat2 aku disisi yang tersayang... Lepas ciap makan ni semua aku & dia p Sungai Besi jumpa apis hntar burung Serindik yang apis nak burung tu dr kmpung aku...terus berjalan je aku dengan dia....

14/07/2009

Esoknya aku cuti aku p ambik mc he3....padahal aku saja je nak jalan2 dengan dia maklumlah dah lama aku x kuar jalan dengan dia...pg tu dia bw aku p klinik dulu... sbb badan aku gatal2.... mujur dia nak temankan.... lepas tu aku dan dia kuar jalan2 kami nak p KL... tp dalam perjalan p kL tu aku & dia singgah dulu dekat selayang, kami p celcom sbb dia belikan aku no baru line lah dia shap terus no tu... bukan ape murah sikit nak tel ke, 3G ke, mms ker, semua percuma jimat lah jugak...sbb dia dah lama dah nak buat tp x de masa lg...ni ada masa terus pergi buat...tp no tu x aktif lagi kena tunggu 24 jam baru aktif... tp x pelah tunggu jelah.... Lepas selesai tu semua kami p Sogo jalan2 kat sana ..Kami terus makan tengahhari kat Sogo makan nasi ayam Nyam2 best.....kejap je kami jaln2 kat stu...dah nak blik dah p dekat motor tgk 2 saman ha3....DBKL satu Polis trafick satu ha3.... padam muka kami..x pelah jnji aku hepy sangat2 dengan dia...lepastu kami blik kat umah dulu...letih ar tidor dlu sbb petang nak p kat tempat anak buah aku plak dekat UITM Puncak alam....petang kul 4:30 kami kuar p Puncak Alam....


Ni Dekat Kampus Puncak Alam sempat lagi bergambar...bik je aku pkai bju kurung he3... nampak ayu sikit...tp ayu lah sangat ha3.....



Lepas 2 kawan dia tel napi...ajak jumpa plak ingatkan nak terus blik tp terpksalah p PJ plak dengan pkai bju kurung ermmm...p lah jgk. dia ajak makn plak bersam2 dengan napi.. kami makan KFC dekat area2 rumah napi je...kami excercise jalan kaki je p he3....ok lah mula2 nak makn mCDonald tp x jd sbb aku x suka sangat makn kat mCD...aku duk jealah tgk dia orang sembang2 Aku nak sembang2 jugak aku x tau tu hal lelaki terpaksa ar senyap & dengar je diaorng sembang....dah nak blik dah ntah jalan ape yang napi bawak dalam hutan lalu nak blik... tkt jugak tp ikt jealah... xakn aku nak tinggal sorng plak kat stu...kami sesat padahal dekat je umah napi...sbb masa kami datang td lalu ikt jalan besar lori besau2 banyak sangat tkt ar kami nak blik kot stu terpaksa ar cari jalan lain....



Budak sesat jalan mencari jalan pulang ha3....ke mana lah arah nak blik ni belun jumpa & belum pasti lagi ha3.....



Walaupun kami x jumpa jalan nak blik lagi kami sempat lagi bergambar ha3...sbb jumpa tempat cntik kami bergambar jealah ha3....sementara tu napai p tanya pak Guard ViLLa ni dulu jalan nak kuar kot mana....aku ngan dia bergambar dulu...

Napi datang jugak nak bergambar sekali ha3.... x pelah sest2 jugak jnji kami hepy sngat2 time ni ha3...



Jumpa jugak jalan pulang kot sni lah kami blik ntah jalan ape lah dia bwak..dah lah gelap...terkejut aku tiba2 muncul 2 bagla aku x nak lalu ikt stu sbnrnya tp dia suh jugak lalu sbb napi pun dah ada kat depan hu3....dah lah aku pkai baju kurung letih sangat2 berjalan hu3....aku blik umah mandi2 terus je tdo letih sangat2....


15,16,17/07/2009


2 hari ni dia sbuk skit dia kuar ngan pazil p bangi jumpa kawan2 dia....pastu pazil xcident plak lepas tu aku sempt makn malam & Tengahari je dengan dia...dia pun sbuk p Putrajaya dia nak beli LaptoP dia p beli ngan kakak dia....17/07/2009 First AnniVersaRy kami...tp 17 tu pg2 dia blik kmpung.... Lepas dia selesai beli laptop tu...dia terus blik rawang.... dah lewat kami kuar makan2....dekat Selayang... Sempena cukup 1 tahun hubungan kami ni aku hadiah kan dia sehelai baju warna coklat BUM....


17/07/2009~First AnniVerSaRy


Sayangku.....


Hari ni genap Hubungan kita 1 Tahun....

Harap2 Hubungan yang kita Bina selama 1 Tahun ni

kekal Hingga Akhir Hayat Kita....

Kita sama2 Berdoa...Untuk Hubungan Kita ni....


Mengenali seseorang itu kadangkala Membuat kita ketawa,

Mengenali seseorang itu juga kadangkalaMembuatkan kita mengalirkan air mata,

Sesungguhnya..

Mengenali seseorang itu mampuMemberi kita sejuta rasa

Marah..

Sedih..

Gembira..

Sayang..

Rindu..

Tapi sedarkah kita?

Mengenali seseorang itu sebenarnya

Adalah satu anugerah & Kenangan TerInDah...

Bersyukurlah dgn kehadirannyaKerana barangkali,

melaluinyaKita mengerti apa itu erti SAYANG....


17-21/07/2009-Dia blik kampung


22/07/2009


Hari ni Dia datang Rawang dia naik bas semalam sebab 23/07 dia dah kena p miri... pagi ni aku p ambik dia dekat komuter Rawang, hepy aku ingat dia nak terus p Miri je tp mjur dia datang nak jumpa aku dulu....Lepas tu dia hntar aku dia blik taman Jati aku sambung tidor Plak Aku mintak cuti ari ni....sbb nak kuar ngan dia ar....Kul 11 baru kami kuar jalan2....Kami x tau nak p mana dia tnya aku, aku plak tnya dia... kami buat keputusan kami p makn dulu kami p makan dekat kampung baru...aku makan nasi dagang dia makan nasi berlauk....kat stu baru kami bincang nak p mana.... lepas makan kami p sunway pyramid jalan2 je.....x tau nak p mana lg pun....kejap je kami duk stu nak blik dah....tp kami teringin nak tgk wayang...dalam perjalanan blik kami singgah dekat BREM MAll ingat nak tgk wayang kat stu tp mcm x best je.... aku ajak dia P tgk Kat JJ Kepong Jealah.... Kami x terus tengok beli dulu tiket malam kul 8:45 baru wayang start kami blik ar dulu....blik rehat2 dulu masing2 dah letih dah.....sebelum p tgk wayang aku masak dulu untuk kami kul 8 dia datang umah aku makan, aku masak tomyam putih je....dah lambat dah dia datang wayang kul 8:45 plak tu... terpksalah mkan ala kadar je....mujur lah tepat2 kul 8:45 aku & dia sampai kat JJ Kepong.... kami tgk Cite HARRY POTTER... ok lah jugak cite tu.....pastu kami terus pulang....pg2 esok dia dah nak P putraya... KUL 3 Flight dia nak P MIRI.....Pagi tu sebelum aku p keje aku hntar dia kat Komuter Rawang....



Sempat bergambar dekat SunWay PyRaMiD

Selepas tgk Wayang sempat lg bergambar

~Bie & HoNeY~


Walaupun seketika cuma tp ia ckup bermakna bg aku....aku hepy sangat2 dengan dia aku bhagia dengan dia,heppy semualah....aku hrap ape yang aku angan2 kan & ape yang aku impikan selama ni jd kenyataan Insyaallah......

Monday, June 1, 2009

kEnDuRi khWin Wida...



sebelum p kuantan bergambar dulu ha3....depan umah je..


ni dalam rumah he3....bergambar dulu sebelum p.... kak anim tu datang dari perak... semata-mata nak p kenduri khwin wida he....




lawa je wida bila dah bersolek berseri3 je....
pink colour lagi..




sesuai dah tu tgk dia berdua....
semoga diaorng kekal ke akhir hayat ler... hendaknya...
masa aku sampai ni pengantin baru je nak sampai sempatlah tgk pegantin bersanding...


sempat ler bergambar dengan pengantin dulu sebelim balik..



Dekat umah pengantin....

Saturday, May 30, 2009

mY Car....SAGA

16/05/2009- myCar Keluar....
ni keta yang baru aku beli.... tp kejap je sempat guna hntar blik kmpung untuk ayah tercinta he3.... sebenrnya booking warna hitam tp dapt warna granic gray ni x pelah janji dapat jgn x dapat dah ar hu3...tp lawa gak warna ni kan....ni masa nak p tinted keta ni je yang aku ada gambar x sempat nak bergambar sekali pun....

Friday, May 29, 2009

18/4/2009

Hari ni aku dapat kejutan yang besar tau x dapat aku lupakan sampai bila2....
aku mendapat hadiah dr yang teristimewa...padahal 19/4 myBufDay... tp dia dah awl2 lagi bg kejutan kat aku...
terharu,sedih,gembira semua ada hanya tuhan je yang tahu persaan aku time tu....dia letak hadiah tu senyap2 je depan pintu umah aku....aku buka2 pintu ada sesuatu kat depan pintu aku takut jgk sebenarnya yelah akak2 umah semua x de...aku corang je kat umah....tp tu lah kejutan yang buat aku ingat smpai bila2....


Hadiah yang dia bg...



c0mel kan bear kecil ni...





bunga ros ni aku ingtkan dia x beli tp dia beli jgk sbb ari tu aku ada mintak bunga ros segar... tp dpt ar bunga ros plastik je hu3 x pelah jnj dapat daripada x dapat....




bear ni pun aku bekenan jgk cute sangat2 he... geram tgk..dahlah pink colour...



Beli MotOr....NouVo S..

2/7/2008...

aku beli motor tp bukan cash ar hutang he3....
x pe lah janji ada harta sendiri walaupun hutang x lah menyusahkan orng je....betul x?
he3....mula2 aku try je tnya ayah aku sj je nak tgk dia bg x... tp tu pun aku tkt nak ckp kat ayah... aku suh akak iera aku yang ckap... ayah tiba2 panggil aku betul ke nak beli motor... aku ckap ar ye susah x de kenderaan sendiri...
ayah aku ckap tunggu dia fikir dulu...mungkin dia pun takut aku dal lah berjauhan dengan family..dah lah perempuan..pastu ayah setuju dengan cadangan aku tu he... suka sangat aku time tu...ayah datang kL dgm mek nak uruskan ni ar...smbil bejalan2 umah abg yie & kak kat sabak bernam,sekinchan...time tu aku exicite nak beli motor tp....lesen aku salah plak...hu3...
baru je dapat lesen L je time tu dah nak beli motor ha3...kena tunggu betulkan lesen ar dulu...
jd ayah & mek terpaksa lah blik dulu..jd dia suh a.yie n aku je uruskan....suh a.yie susah ar aku p uruskan sendiri ar dekat rawang tu je... dekat je nagn umah aku kat rawang ni..... jd 2/7/2008 keluar lah motor nouvo s aku(WRM 9256) ....suker nyer ha3.... downpament ayah aku byarlah aku nak byar mcm mana aku baru kerja....bulan2 aku lah tp kadang2 ayah jugak ha3....aku p ambik motor dengan abg yie....




motor aku....



baru lagi kan....ha3 tp ni gmbar first ambik motor memeng ar nampak baru sekrang ni dah buruk ar skit....



aku Dengan motor ku....











Tuesday, May 26, 2009

aku...n myFamily...



aku...

aku sekarng dah berusia 23 tahun...
dah bleh dikatakan dah matang lah he3... aku dilahirkan di kg.bintang, Setiu Terengganu... dalam keluarga yang sederhana je... tp aku bersyukur dilahirkan dalam keluarga CheSang & Rakiah... he3..
aku anak ke 7.. dari 9 adk bradik.. ramai kan family aku... aku ada 3 abag, 3 kakak dan 2 adk sorng boy n sorng gurl....family aku skrng tinggal dekat felda kerteh 5...
ape2 pun aku bersyukur sangat2 mempuyai family yang memahami kehendak anak2 nye... tapi kadang2 kcian jak kat myfamily...dapat anak mcm aku ha3....



ayah & mek Tercayang....

mek & ayah aku ni nak jgk ambik gmbar

kalau x susah nyer nak bergambar..


Ni lah lah family aku.....9 beradik...n mek & ayah aku...
x selalu berkumpul ramai2 n semuanya...
jd x leh nak ambik gmbar bersama so
aku edit ar gmbar mcm ni ckup jgk 1 family he3...



ni separuh dr family aku... x semua lagi ada lagi separuh...
time ni raya tahun lepas..


anak2 buah dengah mak saudara & pak saudara dia...


Abg Wan & Kak IeRa

Aku & aBg WaN



aDeq KeRoL & DeKsUe










Thursday, May 21, 2009

errmm....

Dah setahun lbh dah rupanya aku keje kat chow steel ni....

bnyak yang aku lalui kenal orng yang aku sayang pun kat cni ar...he3..

ingat lagi firts time jumpa dia aku datang interview kat opis ni....

aku lupa nak bw pen..x tau dah aku nak pinjam ngan sape tiba2 dia muncul...

aku nagn muka x malu pinjam ar pen ngan dia he3... tp memg aku x malu pun.

dah masuk keje pun baru tau rupa2nya dia pun p pinjam pen dgn kak shima...

dia pun x de pen rupanya....kuang3x....


gmbr tuuuu.....
first time aku bergambar berdua he3....
malu3 je tp nak bergambar sebenarnya ha3....